Laman Utama

Kajian Penduduk Dan Keluarga ​Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024

Suara keluarga masa depan negara

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam 2024 ​adalah kajian keenam dalam siri kajian yang ​dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan ​Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak tahun ​1974. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan ​maklumat terkini dan data siri masa berkaitan ​kependudukan, keluarga dan kesihatan reproduktif ​penduduk Malaysia.

Rangka Persampelan Kajian

3,755

Blok penghitungan

37,550

Tempat kediaman

Tentang Kami

Kajian Penduduk Dan Keluarga Malaysia keenam ​(KPKM-6) 2024


Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) merupakan ​kajian bersiri yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan ​Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) secara berkala ​setiap sepuluh tahun sejak tahun 1974.

Kajian yang akan dijalankan pada tahun 2024 merupakan ​yang keenam dalam siri KPKM (KPKM-6).

Kajian ini adalah bersifat tinjauan keratan rentas dan berskala ​nasional. Lima siri kajian terdahulu adalah:


• Penyiasatan Kesuburan dan Keluarga Malaysia, 1974;


• Penyiasatan Penduduk dan Keluarga Malaysia, 1984;


• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ketiga (KPKM-3), 1994;


• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat (KPKM-4), 2004;


• Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), 2014.

Objektif kajian adalah menyediakan data terkini dan siri masa ​berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan ​reproduktif serta sosio-ekonomi penduduk Malaysia

14 bidang liputan KPKM-6 adalah:

Pekerjaan & ​pendapatan

Simpanan & ​pinjaman

Perkahwinan & ​perceraian

Kesuburan & ​kehamilan

Kesihatan reproduktif

Aktiviti seksual ​dan sosial

Kehidupan ​berkeluarga

Kesejahteraan & ​kebahagiaan

Kesejahteraan ​mental & kesunyian

Sokongan sosial

Aspirasi & ​pengharapan remaja

Bantuan dan penjagaan ​warga emas

Perancangan ​keluarga

Perihal gangguan & ​keganasan

Bagaimanakah keadaan keluarga di Malaysia pada tahun 2024

Kami ingin bertanya kepada ahli keluarga di Malaysia, antaranya:

Pada pandangan anda, sehingga umur berapakah sesuai untuk bekerja?

Apakah kediaman pilihan anda pada masa akan datang?

Apakah sebab UTAMA lelaki dan perempuan lambat kahwin?

Suara Keluarga, Masa Depan Negara

Maklum balas anda akan membantu kami dalam membentuk ​inisiatif dan dasar mesra keluarga yang inklusif.

Di manakah saya boleh memperolehi maklumat lanjut?


Untuk mengetahui maklumat mengenai kajian:


  • Tanyakan kepada penemubual yang mengunjungi kediaman anda
  • Melayari laman web kpkm6.lppkn.gov.my
  • Hubungi wakil LPPKN


Encik Irwan Nadzif Mahpul (talian) 03-2613 7555

Puan Najihah Ismail (talian) 03-2613 7555

Jika anda mempunyai soalan mengenai kajian, memerlukan ​sebarang bantuan atau ingin membuat penjadualan temu bual:


  • Hubungi wakil LPPKN


Encik Irwan Nadzif Mahpul (talian) 03-2613 7555

Puan Najihah Ismail (talian) 03-2613 7555


  • Hubungi wakil IPSOS Malaysia:


Puan Wan Nuradiah Wan Mohd Rani (talian) 03-2289 3000

Encik Poon Teck Seong (talian) 03-2289 3000