Responden Kajian
Sebanyak 37,550 Tempat Kediaman (TK) di seluruh Malaysia dipilih secara rawak berdasarkan Rangka Pensampelan Isi Rumah Kebangsaan yang berasaskan kepada Blok Perhitungan yang diwujudkan untuk Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dibekalkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kaedah pengumpulan data adalah melalui temu bual bersemuka dengan menggunakan kaedah Computer Assisted Personal Interview (CAPI).
Responden kajian terdiri daripada:
Anda, atau ahli keluarga anda, mungkin terpilih untuk mengambil bahagian dalam kajian yang penting untuk negara – Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelaksanaan kajian ini.
KPKM-6 mengumpul dan menerbitkan data penting mengenai perkahwinan, dan perceraian; kehidupan berkeluarga; melahirkan dan membesarkan anak; perancangan keluarga; kesunyian, isu remaja dan warga emas serta kualiti hidup keluarga di Malaysia. KPKM-6 telah menjadi sumber utama maklumat mengenai wanita dalam usia reproduktif di Malaysia sejak tahun 1974 dan lelaki atau suami sejak tahun 1984.
Dalam keadaan tertentu, sesetengah individu atau isi rumah terpilih juga boleh mengambil bahagian dalam KPKM-6 melalui pautan web QR.
Apakah Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6)?
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM) mengumpul maklumat mengenai kehamilan, perkahwinan dan hubungan pasangan, penggunaan kontrasepsi, serta kesihatan reproduktif wanita dan lelaki termasuklah remaja. Turut dikaji dalam kajian ini adalah warga emas dan penduduk bujang. Keputusan tinjauan digunakan untuk membantu memahami kesihatan reproduktif dan tingkah laku kesihatan reproduktif di Malaysia, merancang perkhidmatan dan program kesihatan reproduktif dan perancangan keluarga serta melakukan analisis statistik mengenai kesuburan, kekeluargaan, sosial dan kesihatan.
Tinjauan ini menyediakan data nasional mengenai isu-isu kritikal seperti:
Siapa yang Melaksanakan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam?
LPPKN, sebuah agensi Badan Berkanun Persekututan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), merancanga dan melaksanakan kajian nasional ini. LPPKN telah menjalankan KPKM sejak tahun 1974.
Kajian ini merupakan sebuah projek pembangunan 5 tahun negara dan perbelanjaannya di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Untuk kerja lapangan KPKM-6, LPPKN telah melantik secara kontrak IPSOS Malaysia, sebuah organisasi penyelidikan berpengalaman, untuk menguruskan pengumpulan data lapangan untuk KPKM-6.
LPPKN telah melantik secara kontrak IPSOS Malaysia, sebuah organisasi penyelidikan berpengalaman, untuk menguruskan pengumpulan data untuk KPKM-6.
KPKM-6 adalah salah satu daripada beberapa kajian penting berskala nasional yang dilaksanakan oleh LPPKN. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai LPPKN di www.lppkn.gov.my dan segala maklumat berkaitan penyelidikan kependudukan dan keluarga di Malaysia di https//mprh.lppkn.gov.my.
Bagaimana Saya Dipilih?
Untuk lebih jelas, tempat kediaman anda yang dipilih, bukan anda secara peribadi. Kami tidak tahu siapa yang tinggal di tempat kediaman anda atau apa nama anda. Kami memilih tempat kediaman anda secara saintifik untuk dihubungi. Ia akan terlalu mahal dan memakan masa terlalu lama untuk kami melaksanakan kajian dengan semua orang di negara ini. Kami menghubungi setiap tempat kediaman yang dipilih untuk mengetahui jika sesiapa yang tinggal di sana layak untuk kajian ini. Kami kemudian memilih seorang individu yang layak dari isi rumah yang dihubungi untuk melengkapkan kajian KPKM-6. Pemilihan tempat kediaman secara saintifik dan kemudian melaksanakan kajian individu dalam isi rumah membolehkan kami menggunakan maklumat kajian ini untuk lebih memahami keseluruhan penduduk. Setelah tempat kediaman dipilih dan individu dalam isi rumah dijemput untuk mengambil bahagian, mengikut kategori responden yang ditetapkan (klik sini utk melihat kategori-kategori responden KPKM-6).
Mengapa Saya Perlu Mengambil Bahagian?
Penyertaan anda penting kerana jawapan anda tidak hanya mewakili anda dan keluarga anda, tetapi juga ribuan individu dan keluarga lain yang berciri serupa di seluruh Malaysia. Kerana kami memilih rumah tangga secara saintifik untuk dihubungi, tiada siapa yang boleh menggantikan tempat anda. Maklumat yang anda berikan dalam kajian ini akan membantu kami lebih memahami isu kependudukan,kekeluargaan dan kesihatan reproduktif keluarga di Malaysia.
Adakah Temu Bual Ini Hanya untuk yang Berkeluarga atau Orang yang Mempunyai Anak?
Tidak. Jika anda tidak mempunyai anak, warga emas dan bujang atau tinggal bersendirian, jawapan anda sama pentingnya untuk kajian ini seperti orang lain. Anda hanya akan ditanya soalan yang berkaitan dengan anda. Terdapat banyak topik dalam KPKM-6 yang tidak bergantung kepada mempunyai pasangan atau anak, seperti kesunyian, kewangan dan kesihatan warga emas dan keinginan untuk berkahwin bagi mereka yang bujang. KPKM-6 perlu memasukkan pengalaman SEMUA orang yang layak supaya penemuan tinjauan lebih tepat mencerminkan dan mewakili seluruh negara.
Adakah Jawapan Saya Akan DIrahsiakan?
Ya. Semua jawapan dan maklumat yang telah diberikan akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Seksyen 130 apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Adakah Saya Perlu Menjawab Soalan-Soalan Ini?
Penyertaan anda dalam kajian ini adalah sukarela. Mengatakan ya atau tidak untuk berada dalam kajian ini tidak akan mengubah sebarang faedah yang anda dapat sekarang atau di masa depan.
Berdasarkan pengalaman lalu, ramai orang mendapati temu bual ini menarik dan menyeronokkan. Penyertaan anda sangat penting kerana setiap orang yang ditemu bual mewakili suara ribuan keluarga lain. Beberapa soalan mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Anda boleh memilih untuk tidak menjawab sebarang soalan atas sebarang sebab dan boleh menghentikan penyertaan anda pada bila-bila masa.
Berapa Lama Ia Akan Mengambil Masa?
Kajian KPKM-6 mengambil masa kira-kira 50-75 minit untuk kebanyakan orang dewasa. Untuk remaja, ia mengambil masa kira-kira 45 minit. Beberapa tinjauan mengambil sedikit masa lebih kurang. Sebagai tanda penghargaan atas bantuan anda dalam kajian ini, anda akan menerima penghargaan dalam bentuk token.
Adakah Penemubual akan Datang ke Rumah Saya?
LPPKN telah melantik secara kontrak IPSOS Malaysia, sebuah organisasi penyelidikan berpengalaman, untuk menguruskan pengumpulan data untuk KPKM-6. Berdasarkan temu bual penapisan ringkas yang boleh diselesaikan oleh mana-mana orang dewasa yang tinggal di rumah anda, anda atau seseorang di rumah anda mungkin dipilih untuk melengkapkan soalan selidik KPKM-6.
Seorang penemubual profesional dari IPSOS mungkin datang ke rumah anda untuk mengetahui sama ada anda layak untuk kajian ini. Jika penemubual datang ke rumah anda, dia akan mempunyai lencana pengenalan IPSOS Malaysia dengan gambar dirinya dan Surat Kuasa dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Penemubual akan bertanyakan soalan kepada anda dalam suasana peribadi di rumah anda dan mengisi serta menaip jawapan anda ke dalam tablet.
Bolehkah Saya Mengambil Tinjauan Secara Dalam Talian?
Sesetengah individu atau isi rumah dijemput untuk mengambil bahagian dalam KPKM-6 melalui web. Jika anda atau isi rumah anda menerima surat jemputan untuk KPKM-6 melalui web, anda boleh terus ke laman tinjauan (laman web yg Ipsos akan sediakan) untuk mengambil bahagian menggunakan kod laluan yang anda terima.
Di Mana Saya Mendapatkan Maklumat Lanjut?
Untuk maklumat kajian:
I. Encik Irwan Nadzif Mahpul (03-2613 7555) / irwan@lppkn.gov.my
II. Puan Najihah Ismail (03-2613 7555) / najihah@lppkn.gov.my
Untuk maklumat tentang hak anda sebagai peserta:
Jika anda mempunyai soalan mengenai tinjauan, memerlukan sebarang bantuan, atau ingin menjadualkan temu bual:
I. Encik Irwan Nadzif Mahpul (03-2613 7555) / irwan@lppkn.gov.my
II. Puan Najihah Ismail (03-2613 7555) / najihah@lppkn.gov.my
I. Puan Wan Nuradiah Wan Mohd Rani (03-2289 3000) / Wan.Nuradiah@ipsos.com
II. Encik Poon Teck Seong (03-2289 3000) / Atticus.Poon@ipsos.com
Di manakah saya boleh memperolehi maklumat lanjut?
Untuk mengetahui maklumat mengenai kajian:
Encik Irwan Nadzif Mahpul (talian) 03-2613 7555
Puan Najihah Ismail (talian) 03-2613 7555
Jika anda mempunyai soalan mengenai kajian,memerlukan sebarang bantuan atau ingin membuat penjadualan temu bual:
Encik Irwan Nadzif Mahpul (talian) 03-2613 7555
Puan Najihah Ismail (talian) 03-2613 7555
Encik Poon Teck Seong (talian) 03-2289 3000
Puan Wan Nuradiah Wan Mohd Rani (talian) 03-2289 3000